Kata Al-Qur’an tentang usia

Top News

Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam… kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )

Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita… kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )

Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita… kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )

Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita… kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )

Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita… kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )

Baca juga:  Bangsa Ini Bukan Hanya Keringat Seorang Soekarno

Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita… kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )

Begitu juga hati kita… semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An’am : 32 )

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3194204770673590&id=632280720199354
(Visited 22 times, 1 visits today)

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *